Tuesday, July 31, 2012

Sedekah dan Ekonomi.

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.


Setelah lama tidak menulis apa-apa post di blog ini, Alhamdulilah hari ini telah dicampakkan hidayah  untuk menulis kembali. Harini topik utama yang akan dibincangkan dan dibentangkan adalah berkaitan dengan SEDEKAH terutamanya dibulan yang mulia ini dimana setiap amalan kita akan dilipat kali ganda. Amatlah rugi kalau peluang dan ruang yang terbuka ini tidak dimanafaatkan. 


Sabit dengan hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi;


           "sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan ramadhan"


Apabila disentuh mengenai sedekah pasti ramai yang memikirkan WANG, RUGI, HABISLAH DUIT SAYA! dan bermacam-macam hal yang mungkin diluar pemikiran manusia biasa. Sebenarnya konsep sedekah yang dianjurkan oleh islam adalah LEBIH BESAR DARI ITU! 


Tahukah anda bahawa bersedekah mampu MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA? Ya! Ini adalah realiti sistem islam yang kurang diambil perhatian oleh umatnya sendiri. Apabila kita membantu orang lain sebenarnya kita sedang membantu diri kita sendiri bukan sahaja sebagai saham kita diakhirat kelak, namun membantu kitaran wang dalam masyarakat kita terutamanya di negara ini.


Bagaimana ini berlaku? MUDAH! Apabila anda menghulurkan walaupon RM2 kepada seorang kanak-kanak kecil dan dia pegi membeli makanan. Nampak seperti tidak memberi apa-apa kesan kepada sistem ekonomi seperti yang saya katakan tadi. Anda silap! Suatu hari nanti pasti dia akan membesar dan menyumbang kepada masyarakat dalam bidangnya sendiri. Bayangkan apakan terjadi jika anda tidak menyumbangkan wang kepadanya tadi. Mungkin juga dia akan menjadi PENCURI kerana terlalu lapar. Mungkin juga dia boleh mati kelaparan. 


Dalam contoh yang lain, anda memberikan bantuan seperti menyebarkan ilmu atau mewakafkan buku kepada mereka yang kurang berkemampuan. Boleh jadi dengan buku tersebut dia belajar dan memanafaatkan buku anda dan menjadi orang berjaya. Ketika itu dia pula yang akan menyumbang kepada masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di akhirat anda beruntung, malahan anda juga mampu menyelamatkan ekonomi negara anda. Inilah bentuk investment yang orang tidak ambil perhatian. 


Lagipon belum ada dalam sejarah bahawa orang yang memberi sedekah akan menjadi PAPA KEDANA. Oleh yang demikian, jangan lengahkan sesuatu yang baik. Lakukan hari ini, Lakukan dengan sesuatu yang kecil. Disi Allah itu tiada yang kecil. Boleh jadi perkara yang anda lakukan kecil, tapi besar disisi Allah keran keikhlasan. Mungkin isu IKHLAS boleh kita bincangkan dimasa akan datang.


Wasalam. Mohon nasihat dan perkongsian. Moga manafaat untuk anda, manafaat untuk saya juga.